Jude Law
Jude Law

Jude Law

David Jude Law (lahir 29 Disember 1972) ialah seorang pelakon filem, televisyen, dan teater Inggeris yang dikenali dengan watak utamanya pada filem 1990-an dan 2000-an. Beliau mula berlakon dengan National Youth Music Theatre UK pada 1987, dan watak TV pertamanya adalah pada 1989. Pada 1997, wataknya dalam Wilde, sebuah filem biografi Oscar Wilde, membolehkannya mendapat Anugerah Filem British Evening Standard untuk "Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan".Selepas membintangi filem-filem yang diarahkan oleh Andrew Niccol, Clint Eastwood, dan Sam Mendes, Law dicalonkan untuk Anugerah Akademi buat dua kali: sebagai Pelakon Pembantu Terbaik bagi pelakonannya dalam filem, The Talented Mr. Ripley, pada 2000 dan sebagai Pelakon Utama Lelaki Terbaik untuk pelakonannya dalam filem, Cold Mountain pada 2003, kedua-duanya diarahkan oleh Anthony Minghella. Law juga memenangi Anugerah BAFTA untuk peranannya sebagai The Talented Mr. Ripley.Law juga dimasukkan ke dalam Senarai Sepuluh Pelakon Lelaki Teratas yang dipetik daripada Senarai A 2006 bagi bintang filem yang paling dapat menjamin keuntungan di Hollywood.[1] Pada 1 Mac 2007, beliau dianugerahkan dengan Ordre des Arts et des Lettres oleh kerajaan Perancis dan dinamai sebagai "Chevalier des Arts et des Lettres".[2] Law telah dijadualkan untuk kembali ke pentas teater pada 2009 untuk melakonkan watak utama dalam drama Shakespeare, Hamlet.

Jude Law